Saturday, 17 October 2015

TRAITS OF SUCCESSFUL ENTREPRENUER

Do you have what it takes to be a successful entrepreneur?
Not all entrepreneurs are created from the same blueprint. They come from different geographic locations, upbringings, income brackets and social classes, as well as education levels. While there isn’t a foolproof map to entrepreneurial greatness, one thing is consistent -- successful entrepreneurs all possess the following 10 traits.

1. Full of determination

When you set out to become an entrepreneur it will require you to set very clear goals along the way. Growing your business, increasing sales and hiring new employees require several micro-goals within them to be executed successfully.
This type of workload and challenge is enough to stop many people from pursuing the entrepreneurial career path. You have to be determined from the beginning to be successful -- before you even start. If you aren’t fully determined to make it there is a good chance you will crumble under the pressure.

2. Not afraid to take risks

Some of the most successful entrepreneurs took major risks, and they paid off in a big way. Shark Tank’s Barbara Corcoran turned a $1,000 loan into a $5 billion-dollar real estate business that she sold for $66 million back in 2001.
When most people hear the word “risk” they relate it to a financial risk, but in the case of Corcoran, the initial financial investment wasn’t very risky. The risk came into play when she went all in, devoting 100 percent to making her business work with such a small amount of seed capital. Many would assume it isn’t possible to start a business with very little money, but those who aren’t afraid to take risks don’t see things such as limited funding as a handicap.

3. High level of confidence

Entrepreneurs that have a high level of confidence are able to get the job done even under the most stressful conditions. They understand that big challenges breed big rewards. This is the same mentality that allows successful entrepreneurs to spot an opportunity when most just see a possible challenge. When most focus on the challenge, a successful entrepreneur focuses on the finish line and the end reward. 

4. Craves learning

You have to stay sharp, and that requires that you are constantly learning. Industries constantly change and evolve -- only those that are also growing through constant learning will stay ahead. You will always have competitors breathing down your neck trying to surpass you. There will always be someone claiming to be the next greatest thing.
Staying sharp, through constant learning, will enable you to stay ahead and avoid getting passed. Read books and wake up earlier in the morning to read industry news -- do everything you can to constantly learn and absorb new information.

5. Understands failure is part of the game

In fact, failure is one of the secrets to success, since some of the best ideas arise from the ashes of a shuttered business.”
If you understand that failure is part of being an entrepreneur, you will take those failures and use them as learning experiences. Real world experience, even failing, will teach you more than you would ever learn in a classroom.

6. Passionate about his or her business

Passion fuels the drive and determination required to be successful, whether you are building a company from the ground up or buying an Internet business that already has a proven track record.
You have to thoroughly enjoy what you are doing -- there will be long days and nights and at some points along the way your business will consume you. If you aren’t fully passionate about what you are doing the added stress and obstacles will build up on your shoulders and eventually be responsible for your collapse.

7. Highly adaptable

If entrepreneurs had the ability to see what was hiding around each turn it would make it much easier -- but unfortunately that is not the case. There can be surprises around every corner, even with a well thought out plan and strategy.
If you are extremely adaptable it gives you the ability to respond quickly in any situation. This allows you to make decisions that will navigate you out of trouble and allow you to thrive in environments that would sink those that aren’t adaptable.

8. Good understanding of money management

It doesn’t matter if you are bootstrapping your business, using personal credit cards or have millions of dollars from investors -- you must have excellent money management skills. Poor financial decisions, such as overspending or allocating funds to less important tasks can quickly ruin a business.
Have a clear financial map drawn out -- what are your essential monthly expenses and obligations? How much can you allocate monthly for items that fall outside of the “essential” category? Stick to your plan and make sure all founders and shareholders are on the same page. Money problems can destroy a business the same way they can ruin a marriage.

9. Expert at networking

A large collection of business cards and a huge contact list doesn’t make you an expert at networking. Building value-based relationships that are truly meaningful is what networking is all about -- these are the relationships that lead to business opportunities and long-term relationships that are mutually beneficial.
I am constantly networking with people that can not only help my business currently, but also have the potential to help me in the future as well. Don’t be selfish when networking. You should always know how you can help someone and provide value to them before even thinking about how the relationship will be potentially beneficial to you.

10. Ability to sell and promote

If you watch the TV show Shark Tank then you have certainly heard Mark Cuban tell entrepreneurs on several occasions that knowing how to sell is an absolutely essential part of being a successful business owner.
If you can’t express what it is that makes your product or service a solution to a problem, you will be in for a rough ride. If you, the creator, can’t explain it, then who will?

Wednesday, 15 October 2014

ARTIKEL MEMUPUK BUDAYA KEUSAHAWANAN

Definisi Budaya Keusahawanan 

Budaya adalah corak perilaku harian yang diamalkan oleh individu ataupun kumpulan individu di dalam menguruskan hal-hal kehidupan mereka. Budaya yang murni selalunya mempengaruhi corak perilaku individu kearah yang dikehendaki dan diterima oleh kumpulan masyarakat setempat.

Keusahawanan merangkumi sikap, pengetahuandan kemahiran yang cenderung ke arah aktiviti perniagaan. Maka budaya keusahawanan bolehlah didefinisikan sebagai corak perilaku individu dan kumpulan individudalam sebuah masyarakat, yang cenderung ke arah melakukan kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan perniagaan.

Aspek Pembudayaan keusahawanan adalah merupakan proses pembangunan sikap dan personaliti usahawan agar cintakan kejayaan dan kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan. Melalui proses pembudayaan ini membolehkan usahawan bertindak selaras dengan tuntutan moral, etika dan akhlak agar kesan daripada aktiviti yang dilakukan akan mendatangkan kesejahteraan kepada diri sendiri dan masyarakat pada masakini atau akan datang.Diantara perkara-perkara yang perlu diberikan penumpuan dalam membangunkan budaya keusahawanan adalah:-

Mengawal halatuju masing-masing
Setiap perniagaan yang diceburi oleh usahawan akan sentiasa mengalami ketidakstabilan, perubahan dan terdedah kepada ancaman dalaman atau luaran. Keadaan ini memerlukan usahawan menyelia, melaksana dan mengawal halatuju perniagaan yang diceburi agar terus berkembang . Halatuju perniagaan yang jelas akan membolehkan usahawan menyusun strategi untuk terus memajukan perniagaan. Usahawan perlu mempunyai pemikiran yang mampu memfokus kepada masa depan dengan merancang strategi-strategi yang paling sesuai bagi memajukan perniagaannya.

Memaksimumkan potensi diri
Usahawan tidak boleh berpuashati dengan apa yang dicapai setakat hari ini sahaja. Mereka perlu meneruskan dan memaksimumkan usaha, kemahiran dan kemampuan diri bagi menjamin kelangsungan perniagaan yang diceburi. Mereka perlu sentiasa membuat analisis pemasaran produk, kekuatan pesaing dan melihat permasalahan, peluang seta sebarang perubahan secara holistik. Selain itu mereka mesti sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan sebarang risiko dan juga ketidakpastian serta tahu tentang strategi dan taktik untuk menangani nya dan menjadikan sesuatu risiko dan ancaman itu sebagai satu peluang yang boleh menguntungkan.

Mendapat keuntungan
Walaupun keuntungan tidaklah semestinya menjadi objektif utama perniagaan tetapiia tetap menjadi kayu pengukur kejayaan seseorang usahawan. Keuntungan yang dicapai melambangkan kejayaan sesebuah syarikat kerana dengan keuntungan yang diperolehi membolehkan sesebuah syarikat itu mengembangkan lagi perniagaannya, mengaplikasikan teknologi terkini dalam pengeluaran dan operasi perniagaan dan membolehkannya membuat promosi yang lebih agresif lagi. Keuntungan juga boleh meningkatkan keyakinan pekerja terhadap syarikat kerana mereka tahu sebahagian daripadakeuntungan yang diperolehi akan dipulangkan kepada mereka sama ada dalam bentukdividen, bonus atau kenaikan gaji tahunan. Ia juga boleh meningkatkan keyakinan pembekal dan kreditor bahawa syarikat mampu membayar pinjaman dan kredit yangdiberikan kepada mareka. Keuntungan yang diperolehi akan meningkatkan keyakinanmasyarakat dan pelabur terhadap syarikat kerana mereka yakin syarikat bersediauntuk memenuhi tanggungjawab sosial dan memberi pulangan yang menguntungkan ke atas pelaburan yang dilakukan.

Berorientasikan perancangan
Perancangan merupakan satu aspek yang penting bagi seseorang usahawan dalam menyusun strategi perniagaan agar mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Usahawanmestilah sentiasa memfokuskan kepada masa hadapan dan sensitif terhadap sebarang perubahan yang berlaku. Usahawan tidak sepatutnya gelojoh atau mengambil masayang lama untuk merebut peluang. Usahawan bukanlah seorang yang pakar dalam semua aspek maka mereka perlu melibatkan pihak yang mempunyai kepakaran dalam membuat keputusan yang diluar kemahiran yang dimiliki. Langkah berhati-hati membantu usahawan merancang masa depan dan perniagaanya dengan baik dan sistematik. Perancangan yang dibuat mestilah tidak terlalu panjang kerana ketidak pastian saiz pasaran yang mungkin berubah mengikut peredaran masa.

Menggunakan masa secara strategic
Pengurusan masa adalah amat penting bagi menjamin kejayaan seseorang usahawan.Pengurusan masa mestilah dilakukan secara strategik iaitu dengan memastikan setiap masa disusuli dengan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan perkembangan syarikat

Inovatif
Komitmen terhadap inovasi perlu dipupuk dan dibaja dalam diri usahawan. Usahawan yang inovatif lagi kreatif akan memiliki kecenderungan untuk menggunakan imaginasi bagi mengesan serta merbut peluang, mengambil faedah daripada cabaran dan permasalahan yang dihadapi untuk memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.Pembudayaan inivasi dalam penyelesaian masalah akan mengelakkan usahawan daripada bersikap pasif, defensif dan terlalu yakin dengan kejayaan semasa. Pembudayaan inovasi juga akan membolehkan syarikat terus mengembangkan saiz pasaran,memodifikasikan produk dan proaktif terhadap tuntutan semasa pelanggan.

Meningkatkan kualiti kerja secara berterusan
Penghasilan produk dan perkhidmatan yang bermutu tinggi secara berterusan akan dapat menjamin kesetiaan, komitmen dan kepuasan pelanggan.Seterusnya akan memberikan keuntungan kepada usahawan. Nilai kualiti yang tinggi memberikan pulangan yang menguntungkan melalui kesetiaan pelanggan. Oleh itu usahawan perlulah berusaha untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti tinggi.Teknologi merupakan satu mekanisma yang dapat membantu meningkatkan kualiti dankuantiti pengeluaran sesuatu produk. Oleh itu para usahawan juga perlu prihatin terhadap penggunaan teknologi kerana ia menymbang ke arah pembuatan dan teknikreka bentuk yang lebih cekap dan tingkat daya pengeluaran yang lebih tinggi.

Kesediaan untuk merebut peluang
Peluang-peluang perniagaan perlu dicari, dikenalpasti dan dieksploitasi sendirioleh usahawan. Oleh itu seseorang usahawan itu perlulah perlulah memaksimumkankekuatan daya berfikir dengan mencari jalan penyelesaian sebarang masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan mengeksploitasikannya dengan menjadikan masalah-masalah tersebut sebagai peluang perniagaan. Justeru itu usahawan perlulah meningkatkan pengetahuan dengan mengambil manfaat daripada pergaulan hariannya, memberikan perhatian terhadap pendapat-pendapat pekerja, pelanggan atau pesaing, meningkatkan pembacaan dan mengenalpasti kemahiran, kebolehan dan potensi yang ada padadiri sendiri.Nilai Murni KeusahawananDi antara nilai-nilai murni yang perlu dimiliki oleh usahawan ialah:-


Berani mencuba
Usahawan yang berani mencuba mempunyai jangkauan kawalan dalaman yang tinggi. Mereka juga mempamerkan usaha yang berterusan dan lebih sensitif kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam persekitaran perniagaan. Usahawan yang begini mempunyai keyakinan bahawa kejayaan akan menjadi milik mereka selagi mereka bersedia memberikan komitmen sepenuhnya menggunakan tenaga dan keupayaan mereka.

Penetapan matlamat
Usahawan yang berjaya adalah usahawan yang mempunyai matlamat yang jelas dan meyakinkan. Penetapan matlamat oleh usahawan mendorong mereka untuk lebih berusahasekaligus berjaya meraih kejayaan yang diinginikan. Matlamat yang sukar dicapai akan memerlukan komitmen dan prestasi yang tinggi berbanding dengan matlamat yang senang dicapai. Setiap usahawan perlu mempunyai perancangan dan matlamat jangka panjang dan juga jangka pendek. Matlamat-matlamat tersebut akan menjadi pengukur prestasi seseorang usahawan dan dapat membantu mereka mengenalpasti danmemperbaiki kelemahan-kelemahan dan merencanakan strategi-strategi baru.

Jangkaan diri
Jangkaan diri merupakan nilai yang perlu ada pada diri usahawan. Jangkaan dirimenjadikan usahawan lebih bermotivasi untuk mengecapi kejayaan yang dicita-citakan Sebagai usahawan, tahap ketinggian motivasi adalah bergantung kepada jangkaanusahawan terhadap keupayaan mereka untuk melakukan sesuatu tugas dan menerima ganjaran yang dikehendaki. Jika mereka menjangkakan mereka mampu untuk bersaingdengan pesaing serta mempunyai pemikiran yang positif maka mereka akan berjaya.Jangkaan diri memerlukan individu untuk yakin kepada diri sendiri dan mampu melakukan yang terbaik dengan mengadun segala kemampuan yang mereka miliki. Justeru itu, usahawan perlu mempunyai jangkaan diri yang tinggi bagi mencapai prestasiperniagaan yang luar biasa.

Keyakinan diri
Dunia keusahawanan penuh dengan cabaran, maka setiap usahawan perlu mempunyai keyakinan diri terutama didalam membuat keputusan atau menyahut sesuatu cabaran.Bagi meningkatkan keyakinan diri, seseorang usahawan itu perlu mengikis perasaantakut pada kegagalan dan mempunyai pendirian yang teguh serta tidak mempunyai perasaan rendah diri apabila berhadapan dengan pesaing.
Inisiatif diri
Daya inisiatif diri adalah salah satu daripada sikap yang perlu ada pada seseorang udahawan. Seorang usahawan yang berjaya biasanya mempunyai daya inisiatif yang tinggi kerana seorang yang berinisiatif tinggi mempunyai kecenderungan untukmelihat dan menganalisis sesuatu situasi atau keadaan dengan berkesan.

Bertanggungjawab
Sikap bertanggungjawab merupakan satu proses pembudayaan yang akan melahirkan usahawan yang tidak mudah mempersalahkan pihak lain jika berhadapan dengan masalahatau sesuatu kegagalan. Kesan daripada rasa tanggungjawab yang tinggi akan menjadi pencetus semangat kesediaan untuk mencurahkan khidmat bakti kepada keluarga, pekerja dan masyarakat.

Mewujudkan hubungan dengan individu yang boleh membantu.
Perhubungan yang rapat dengan mereka yang berkepentingan dalam perniagaan merupakan satu kelebihan kepada usahawan untuk mengembangkan sayap perniagaannya. Melalui perhubungan membolehkan usahawan mendapat peluang perniagaan dan mengetahuiancaman-ancaman yang bakal dihadapi.



ARTIKEL BUDAYA KEUSAHAWANAN

Usaha melahirkan usahawan yang berjaya bukanlah suatu tugas yang mudah. Ia memerlukan komitmen, dedikasi, ketegasan, dan amalan yang berterusan ke arah mempraktikkan roh keusahawanan dalam setiap urusan harian. Hal ini dikatakan sebagai pembudayaan keusahawanan. Budaya keusahawanan individu boleh diasuh dan dididik sehingga ia melekat seperti “aur dengan tebing”. (Kamarulzaman Ismail, Amaludin Ab. Rahman, 2009). Maka pembudayaan keusahawanan perlu dipupuk dan dimantapkan dalam jiwa belia supaya generasi ini akan dapat menggerakkan usaha ke arah mencapai taraf negara maju menjelang 2020.

Bidang keusahawanan merupakan satu bidang yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Masalah yang ingin dikaji ialah pemantapan budaya keusahawanan di kalangan belia. Budaya keusahawanan adalah ekspresi sikap sosial yang positif terhadap perniagaan dan perlu disemai untuk memperkuat proses pembangunan insan dalam sektor perniagaan dan perusahaan.


Strategi Memantapkan Budaya Keusahawanan Di Masyarakat

Ø  Memberi pendedahan awal ilmu keusahawanan dan perniagaan kepada masyarakat bermula pada alam persekolahan
Ø  Menganjurkan program-program keusahawanan siswa untuk dimanfaat oleh siswa
Ø  Menyediakan bantuan kewangan dan kemudahan asas kepada usahawan terutamanya usahawan belia
Ø  Menyediakan kemudahan pinjaman jangka panjang dan jangka pendek kepada usahawan belia yang berkelayakan
Ø  Menggalakkan belia menghadiri kursus pengurusan kewangan dan perniagaan 
Ø  Menggalakkan interaksi antara kaum terutamanya usahawan belia tentang kemahiran menguruskan perniagaan
Ø  Menggiatkan kempen kesedaran tentang isu-isu keusahawanan dan pembangunan keusahawanan
Ø  Memperbanyakkan program pembangunan keusahawanan
Ø  Meningkatkan penawaran kursus-kursus keusahawanan
Ø  Meningkatkan jaringan dan kerjasama dengan badan yang berkepentingan yang boleh menyokong minat belia menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan

Secara keseluruhannya, bidang keusahawanan merupakan bidang yang sangat penting dalam memastikan pembangunan sesebuah negara. Sejarah telah membuktikan bahawa negara yang mempunyai ramai usahawan adalah lebih maju ke hadapan dalam perkembangan ekonominya. Maju dan mundur ekonomi sesebuah negara adalah bergantung usahawan yang dinamis dan berpandangan jauh. Maka kerajaan telah mengambil inisiatif menubuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan pada tahun 1995 sebagai badan yang menguruskan pembangunan usahawan. Pembudayaan keusahawanan adalah merupakan aspek penting dalam pembangunan usahawan.

Budaya keusahawanan ialah sifat-sifat positif yang dimiliki oleh seseorang individu seperti tabah, cekal dan sentiasa bersemangat. Sifat-sifat keusahawanan juga boleh menjadi modal dan aset untuk berniaga dan boleh meyakinkan orang lain. Budaya keusahawanan perlu dipupuk bermula daripada peringkat sekolah melalui program-program keusahawanan yang dijalankan oleh pelajar dan dibimbing oleh guru-guru yang berpengalaman. Budaya ini juga perlu dipupuk pada peringkat IPT dengan menawarkan kursus, program, seminar, atau aktiviti kepada mahasiswa supaya dapat memupuk minat dan mendorong mereka untuk menceburi bidang keusahawanan. Pembudayaan ini penting dan perlu disemai di kalangan belia terutamanya golongan Bumiputera supaya mereka tidak boleh mengharapkan bekerja di sektor kerajaan dan bantuan kerajaan semata-mata. Mereka perlulah lebih berdikari untuk menceburi bidang lain seperti bidang perniagaan ataupun keusahawanan.

Pembudayaan keusahawanan akan melahirkan usahawan yang kreatif dalam mencari jalan penyelesaian terhadap sebarang permasalahan yang dihadapi. Oleh itu, usahawan perlu sensitif dan sedia bertanggungjawab terhadap kesan yang akan diterima oleh masyarakat akibat daripada kegiatan keusahawanan yang dijalankan. Di samping itu, melalui pembudayaan keusahawanan akan membolehkan usahawan mengemblengkan serta memanfaatkan potensi, reputasi dan sumber-sumber yang ada untuk manfaat diri sendiri, perniagaan, pelanggan dan juga masyarakat keseluruhannya.


KEPENTINGAN BIDANG KEUSAHAWANAN

  • Meningkatkan pendapatan negara

Perniagaan seorang usahawan yang bertambah maju menarik pelabur asing dari luar negara untuk melaburkan dalam perniagaan tersebut. Pelaburan itu akan meningkatkan pengaliran pendapatan ke dalam negara. Tambahan lagi, pembayaran cukai hasilan keusahawanan turut meningkatkan pendapatan negara.

  •  Mewujudkan peluang pekerjaan

Keusahawanan mewujudkan industri hiliran dan sampingan yang mewujudkan banyak peluang pekerjaan. Peningkatan peluang pekerjaan meningkatkan pendapatan individu, meningkatkan kuasa beli pengguna dan turut meningkatkan taraf hidup penduduk.

  • Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

Keusahawanan menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang baru, berinovasi. bermutu dan selamat digunakan mengikut citarasa pengguna pada kos dan harga yang berpatutan., kuantiti yang mencukupi dan tepat pada masa.

  • Meningkatkan tanggungjawab sosial

Keusahawanan menghasilkan untung yang lumayan kepada usahawan yang menggusahakan. Usahawan yang prihatin terhadap persekitaran akan menggunakan hasil  berlebihan untuk pembangunan masyarakat persekitaran. Oleh itu, hasil tersebut digunakan oleh usahawan untuk pembinaan lebuh raya, pembinaan masjid, memperbaikkan sekolah. Lagipun, menawarkan biasiswa kepada pelajar yang kurang kemampuan dan menyediakan kemudahan asas kepada mangsa bencana alam.





PERANAN KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA

Terdapat pelbagai peranan bidang keusahawanan di negara kita. Antaranya ialah:
  •  Menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang bermutu dan selamat


digunakan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna pada kos dan harga berpatutan, kuantiti yang dikehendaki oleh pengguna dan tepat pada masa. Contohnya, penghasilan kereta proton saga oleh Proton Holdings Berhad, pengasasnya Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

  •              Meningkatkan taraf hidup masyarakat

Bidang keusahawanan memberi pendapatan yang stabil yang membantu masyarakat membeli pelbagai barang dan perkhidmatan untuk hidup lebih selesa. Contohnya, Alibaba.com telah pun memperkenalkan telefon bimbit 'touchscreen' dipersada Malaysia. Ia menjalankan keseluruhan perniagaan secara talian. Seterusnya, Iskandar Development Region merupakan pengasas pembinaan perumahan cluster murah di Johor Baharu.
  •    Menstabilkan ekonomi negara.


Bidang keusahawanan menyumbang kepada pendapatan negara dengan membayar cukai, menyediakan peluang pekerjaan dan menggurangkan kadar penggangguran dalam negara, membendung masalah inflasi dengan memastikan bekalan barangan yang cukup agar harga tidak meningkat, dan mewujudkan industri hiliran dan sampingan yang mewujudkan banyak peluang pekerjaan.
  •   Meningkatkan imej negara.


Contohnya, Jimmy Choo yang asal warganegara Malaysia( kini warganegara UK) merupakan pereka kasut wanita terkenal di dunia. Beliau telah mendapat pelbagai anugerah di persada antarabangsa. Jasa dan penglibatan beliau dalam bidang keusahawanan meningkatkan imej Negara.
  •    Memenuhi tanggungjawab sosial,


Tanggungjawab sosial merupakan satu amalan yang harus dilaksanakan oleh semua usahawan. Dalam konteks itu, PETRONAS , SIME DARBY, DELL melakukan pelbagai tanggungjawab social dalam memberi derma, penajaan kepada masyarakat Malaysia. Selain itu, PT INALUM (Persero) juga memberi komputer dan multimedia projektor kepada universiti-universiti yang ada di Sumatera Utara.


USAHAWAN TERKAYA DI ASIA TENGGARA

Asia Tenggara merupakan kawasan yang terletak Asia bahagian Tenggara yang meliputi beberapa negara di antaranya  Kamboja, Laos, Myanmar, Thailand, Vietnam, Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, Singapura, dan Timor Leste. 

1.    Dhanin Chearavanont (Thailand)
Orang kaya di Asia tenggara layak disematkan kepadanya berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Forbes. Beliau menduduki tempat 58 untuk orang terkaya di dunia. Beliau memperoleh pendapatan dari syarikat yang bergerak di dalam bidang pertanian yang bernama Charoen Pokphand. Hingga artikel ini ditulis tercatat oleh forbes kekayaan yang dimiliki sebanyak 14.3 Billion dollar. Lelaki yang berusia 74 tahun ini sempat mengalami penurunan yang cukup drastik dari bulan Mac ke July kekayaannya berkurang hingga 1.7 Billion Dollar.

2.    Henry (Philippines)
Berada di kedudukan 2 dalam senarai ini, Henry dan keluarganya berada pada kedudukan 68 orang terkaya di dunia dengan wang sebanyak 13.2 Billion dollar. Beliau adalah seorang ahli perniagaan dan juga menjalankan perniagaan dalam industri perbankan yang merupakan bank terbesar di negaranya. Lelaki berusia 89 tahun ini memulakan kerjaya dari bawah dan tentu saja boleh menjadi inspirasi buat kita semua.

3.    Robert Kuok (Malaysia)
Dengan usia yang sudah tidak muda lagi iaitu (90 tahun) tetapi mempunyai  kekayaan sebanyak 12.5 Billion dollar. Perniagaannya bergerak di dalam bidang perniagaan dan juga agrobisnes. Beliau sempat menjadi orang terkaya di Asia tenggara pada tahun 2011.

4.    Ananda Krishnan (Malaysia)
Lelaki asal Malaysia ini membina kekayaannya dari syarikat  telekomunikasi. Saat ini beliau berusia 75 tahun, lelaki lulusan Master Perniagaan di Harvard dan juga Seni di Melbourne University hingga saat ini mempunyai kekayaan sebanyak 11.7 Billion dollar dan mengukuhkannya berada di peringkat ke- 82 orang terkaya di dunia.

5.    Charoen Sirivadhanabhakdi (Thailand)

Lelaki berusia 69 tahun ini bergerak di dalam bidang pengeluaran minuman. Beliau menduduki tempat 82 orang terkaya di dunia. sehingga kini, jumlah wangnya mencecah sebanyak 11.7 Billion dollar. Angka yang sangat hebat serta banyak.

USAHAWAN TERKAYA DI MALAYSIA

SENARAI 10 INDIVIDU TERKAYA MALAYSIA 2014

  1. Robert Kuok                                       RM54.48b
  2. Ananda Krishnan                                RM33.19b
  3. Tan Sri Teh Hong Piow                       RM18.07b
  4. Tan Sri Queck Leng Chan                    RM14.11b
  5. Tan Sri Lee Shin Cheng                       RM13.12b
  6. Tan Sri Mokhtar                                  RM11.07b
  7. Tan Sri Lim Kok Thay                         RM9.43b
  8. Puan Lim Kim Hoa                              RM7.47b
  9. Datuk Mokhzani                                  RM4.22b
  10. Tan Sri Azman Hashim                        RM4.11b