Wednesday 15 October 2014

USAHAWAN TERKAYA DI ASIA TENGGARA

Asia Tenggara merupakan kawasan yang terletak Asia bahagian Tenggara yang meliputi beberapa negara di antaranya  Kamboja, Laos, Myanmar, Thailand, Vietnam, Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, Singapura, dan Timor Leste. 

1.    Dhanin Chearavanont (Thailand)
Orang kaya di Asia tenggara layak disematkan kepadanya berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Forbes. Beliau menduduki tempat 58 untuk orang terkaya di dunia. Beliau memperoleh pendapatan dari syarikat yang bergerak di dalam bidang pertanian yang bernama Charoen Pokphand. Hingga artikel ini ditulis tercatat oleh forbes kekayaan yang dimiliki sebanyak 14.3 Billion dollar. Lelaki yang berusia 74 tahun ini sempat mengalami penurunan yang cukup drastik dari bulan Mac ke July kekayaannya berkurang hingga 1.7 Billion Dollar.

2.    Henry (Philippines)
Berada di kedudukan 2 dalam senarai ini, Henry dan keluarganya berada pada kedudukan 68 orang terkaya di dunia dengan wang sebanyak 13.2 Billion dollar. Beliau adalah seorang ahli perniagaan dan juga menjalankan perniagaan dalam industri perbankan yang merupakan bank terbesar di negaranya. Lelaki berusia 89 tahun ini memulakan kerjaya dari bawah dan tentu saja boleh menjadi inspirasi buat kita semua.

3.    Robert Kuok (Malaysia)
Dengan usia yang sudah tidak muda lagi iaitu (90 tahun) tetapi mempunyai  kekayaan sebanyak 12.5 Billion dollar. Perniagaannya bergerak di dalam bidang perniagaan dan juga agrobisnes. Beliau sempat menjadi orang terkaya di Asia tenggara pada tahun 2011.

4.    Ananda Krishnan (Malaysia)
Lelaki asal Malaysia ini membina kekayaannya dari syarikat  telekomunikasi. Saat ini beliau berusia 75 tahun, lelaki lulusan Master Perniagaan di Harvard dan juga Seni di Melbourne University hingga saat ini mempunyai kekayaan sebanyak 11.7 Billion dollar dan mengukuhkannya berada di peringkat ke- 82 orang terkaya di dunia.

5.    Charoen Sirivadhanabhakdi (Thailand)

Lelaki berusia 69 tahun ini bergerak di dalam bidang pengeluaran minuman. Beliau menduduki tempat 82 orang terkaya di dunia. sehingga kini, jumlah wangnya mencecah sebanyak 11.7 Billion dollar. Angka yang sangat hebat serta banyak.

No comments:

Post a Comment