Wednesday 15 October 2014

Perkembangan Keusahawanan Di Malaysia

PERKEMBANGAN KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA

Keusahawanan di Malaysia bermula seawal zaman Kesultanan Melaka apabila penduduk tempatan berurusniaga dengan pedagang asing. Apabila British memerintah Tanah Melayu, mereka telah menukarkan struktur sosial dengan menjalankan pemerintahan “Pecah dan Perintah”. Dengan cara ini, kaum Melayu bekerja sebagai pentadbir dan disektor pertanian, kaum Cina berkerja dilombong dan berniaga, manakala kaum India bekerja disektor perladangan. Hasilnya, kaum Cina lebih kedepan dalam soal perniagaan berbanding dengan kaum Melayu dan kaum India.
Selepas kemerdekaan, Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 diwujudkan. Semua pihak mengalakkan dan memberi sokongan terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia.Keusahawanan di Malaysia merujuk secara khusus kepada penglibatan bumiputera dalam bidang keusahawanan sebelum, semasa dan selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan. DEB dilancarkan bagi meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang keusahawanan. Terdapat dua matlamat dalam DEB, iaitu membasmi kemiskinan utk meningkatkan pendapatan & peluang pekerjaan tanpa mengira kaum dan juga Menyusun semula masyarakat bumiputera utk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum.
Kerajaan memberikan galakan pembangunan keusahawanan dan memberikan pengiktirafan kepada keusahawanan kerana mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negara. Tahun 1995,  kerajaan menubuhkan Kementerian Pembangunan Keusahawanan sebagai badan yang mengawal dan mempromosi pembangunan keusahawanan di Malaysia. Kini, kementerian tersebut telah ditukar kepada Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi.

SEBELUM DASAR EKONOMI BARU iaitu semasa pemerintahan British (1957-1970) kegiatan keusahawanan dikuasai oleh warganegara asing dan bukan bumiputera. Manakala bumiputera kebanyakannya petani dan nelayan dan pendapatan mereka RM172 sebulan iaitu di bawah paras kemiskinan. Terdapat beberapa faktor yang menghalang penglibatan bumiputera melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Antaranya ialah
  • ·         Dasar pemerintahan British yang mengamalkan prinsip ‘pecah dan perintah’.
  • ·         Bumiputera lebih cenderung makan gaji
  • ·     Tiada satu dasar yang mendorong untuk melahirkan satu masyarakat usahawan di kalangan bumiputera
  • ·       Tidak wujud budaya keusahawanan dalam masyarakat bumiputera

Semasa dasar ekonomi baru beberapa langkah telah diambil untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang keusahawanan.
  • ·         Menubuhkan agensi baru
  • ·         Menyediakan latihan berbentuk teknikal dan vokasional
  • ·         Memberi pinjaman tanpa faedah / faedah yang rendah
  • ·         Membangunkan lebih banyak industri  luar Bandar
  • ·         Menyediakan kemudahan infrastruktur

Pada tahun 28 Februari 1991, Dasar Pembangunan Negara (DPN) dilancarkan bertujuan untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang keusahawanan. Hal in disebabkan, Dasar Ekonomi Baru kurang menberi pelaksanaan kepada Bumiputera dari segi penglibatan dalam sektor sektor utama seperti pengurusan, perniagaan, perdagangan, syarikat dan pemilikan.

DPN bertujuan untuk memperkukuhkan pencapaian DEB membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat menambahkan perwujudan guna tenaga dan masyarakat.   Perdagangan & Perindustrian Bumiputera (MPPB) memberikan pendidikan dan latihan perniagaan untuk meningkatkan kemahiran.memberi latihan teknikal dan vokasional,komunikasi & Komersial.

1 comment:

  1. PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,

    ReplyDelete