Wednesday 15 October 2014

PERANAN KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA

Terdapat pelbagai peranan bidang keusahawanan di negara kita. Antaranya ialah:
  •  Menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang bermutu dan selamat


digunakan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna pada kos dan harga berpatutan, kuantiti yang dikehendaki oleh pengguna dan tepat pada masa. Contohnya, penghasilan kereta proton saga oleh Proton Holdings Berhad, pengasasnya Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

  •              Meningkatkan taraf hidup masyarakat

Bidang keusahawanan memberi pendapatan yang stabil yang membantu masyarakat membeli pelbagai barang dan perkhidmatan untuk hidup lebih selesa. Contohnya, Alibaba.com telah pun memperkenalkan telefon bimbit 'touchscreen' dipersada Malaysia. Ia menjalankan keseluruhan perniagaan secara talian. Seterusnya, Iskandar Development Region merupakan pengasas pembinaan perumahan cluster murah di Johor Baharu.
  •    Menstabilkan ekonomi negara.


Bidang keusahawanan menyumbang kepada pendapatan negara dengan membayar cukai, menyediakan peluang pekerjaan dan menggurangkan kadar penggangguran dalam negara, membendung masalah inflasi dengan memastikan bekalan barangan yang cukup agar harga tidak meningkat, dan mewujudkan industri hiliran dan sampingan yang mewujudkan banyak peluang pekerjaan.
  •   Meningkatkan imej negara.


Contohnya, Jimmy Choo yang asal warganegara Malaysia( kini warganegara UK) merupakan pereka kasut wanita terkenal di dunia. Beliau telah mendapat pelbagai anugerah di persada antarabangsa. Jasa dan penglibatan beliau dalam bidang keusahawanan meningkatkan imej Negara.
  •    Memenuhi tanggungjawab sosial,


Tanggungjawab sosial merupakan satu amalan yang harus dilaksanakan oleh semua usahawan. Dalam konteks itu, PETRONAS , SIME DARBY, DELL melakukan pelbagai tanggungjawab social dalam memberi derma, penajaan kepada masyarakat Malaysia. Selain itu, PT INALUM (Persero) juga memberi komputer dan multimedia projektor kepada universiti-universiti yang ada di Sumatera Utara.


1 comment:

  1. The Sands Casino Resort Las Vegas, NV | $150K + $1,500
    The Sands is a premier gaming destination located in Las Vegas and is conveniently located in the heart of the 샌즈카지노 action.

    ReplyDelete