Definisi Budaya Keusahawanan
Budaya adalah
corak perilaku harian yang diamalkan oleh individu ataupun kumpulan individu di
dalam menguruskan hal-hal kehidupan mereka. Budaya yang murni
selalunya mempengaruhi corak perilaku individu kearah yang dikehendaki dan
diterima oleh kumpulan masyarakat setempat.
Keusahawanan merangkumi sikap, pengetahuandan
kemahiran yang cenderung ke arah aktiviti perniagaan. Maka budaya keusahawanan
bolehlah didefinisikan sebagai corak perilaku individu dan kumpulan
individudalam sebuah masyarakat, yang cenderung ke arah melakukan
kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan perniagaan.
Aspek Pembudayaan keusahawanan adalah
merupakan proses pembangunan sikap dan personaliti usahawan agar cintakan
kejayaan dan kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan. Melalui
proses pembudayaan ini membolehkan usahawan bertindak selaras dengan
tuntutan moral, etika dan akhlak agar kesan daripada aktiviti yang dilakukan
akan mendatangkan kesejahteraan kepada diri sendiri dan masyarakat pada
masakini atau akan datang.Diantara perkara-perkara yang perlu diberikan
penumpuan dalam membangunkan budaya keusahawanan adalah:-
Mengawal halatuju masing-masing
Setiap perniagaan yang diceburi oleh
usahawan akan sentiasa mengalami ketidakstabilan, perubahan dan terdedah kepada
ancaman dalaman atau luaran. Keadaan ini memerlukan
usahawan menyelia, melaksana dan mengawal halatuju perniagaan yang diceburi
agar terus berkembang . Halatuju perniagaan yang jelas akan
membolehkan usahawan menyusun strategi untuk terus memajukan perniagaan. Usahawan
perlu mempunyai pemikiran yang mampu memfokus kepada masa depan dengan
merancang strategi-strategi yang paling sesuai bagi memajukan perniagaannya.
Memaksimumkan potensi diri
Usahawan tidak boleh berpuashati dengan
apa yang dicapai setakat hari ini sahaja. Mereka perlu meneruskan dan memaksimumkan usaha, kemahiran dan kemampuan diri
bagi menjamin kelangsungan perniagaan yang diceburi. Mereka
perlu sentiasa membuat analisis pemasaran produk, kekuatan pesaing dan
melihat permasalahan, peluang seta sebarang perubahan secara
holistik. Selain itu mereka mesti sentiasa bersedia untuk
berhadapan dengan sebarang risiko dan juga ketidakpastian serta tahu tentang strategi
dan taktik untuk menangani nya dan menjadikan sesuatu risiko
dan ancaman itu sebagai satu peluang yang boleh menguntungkan.
Mendapat keuntungan
Walaupun keuntungan tidaklah semestinya
menjadi objektif utama perniagaan tetapiia tetap menjadi kayu pengukur
kejayaan seseorang usahawan. Keuntungan yang dicapai
melambangkan kejayaan sesebuah syarikat kerana dengan keuntungan yang
diperolehi membolehkan sesebuah syarikat itu mengembangkan lagi perniagaannya,
mengaplikasikan teknologi terkini dalam pengeluaran dan operasi perniagaan dan
membolehkannya membuat promosi yang lebih agresif lagi. Keuntungan
juga boleh meningkatkan keyakinan pekerja terhadap syarikat kerana mereka
tahu sebahagian daripadakeuntungan yang diperolehi akan dipulangkan kepada
mereka sama ada dalam bentukdividen, bonus atau kenaikan gaji
tahunan. Ia juga boleh meningkatkan keyakinan pembekal dan
kreditor bahawa syarikat mampu membayar pinjaman dan kredit yangdiberikan
kepada mareka. Keuntungan yang diperolehi akan meningkatkan
keyakinanmasyarakat dan pelabur terhadap syarikat kerana mereka yakin syarikat
bersediauntuk memenuhi tanggungjawab sosial dan memberi pulangan yang
menguntungkan ke atas pelaburan yang dilakukan.
Berorientasikan perancangan
Perancangan merupakan satu aspek yang
penting bagi seseorang usahawan dalam menyusun strategi perniagaan agar mencapai
matlamat yang telah ditetapkan. Usahawanmestilah sentiasa
memfokuskan kepada masa hadapan dan sensitif terhadap sebarang perubahan yang
berlaku. Usahawan tidak sepatutnya gelojoh atau mengambil masayang
lama untuk merebut peluang. Usahawan bukanlah seorang yang pakar
dalam semua aspek maka mereka perlu melibatkan pihak yang mempunyai
kepakaran dalam membuat keputusan yang diluar kemahiran yang dimiliki. Langkah
berhati-hati membantu usahawan merancang masa depan dan perniagaanya
dengan baik dan sistematik. Perancangan yang dibuat
mestilah tidak terlalu panjang kerana ketidak pastian saiz
pasaran yang mungkin berubah mengikut peredaran masa.
Menggunakan masa secara strategic
Pengurusan masa adalah amat penting
bagi menjamin kejayaan seseorang usahawan.Pengurusan masa mestilah dilakukan
secara strategik iaitu dengan memastikan setiap masa disusuli dengan
aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan perkembangan syarikat
Inovatif
Komitmen terhadap inovasi perlu dipupuk
dan dibaja dalam diri usahawan. Usahawan yang inovatif lagi
kreatif akan memiliki kecenderungan untuk menggunakan imaginasi bagi mengesan
serta merbut peluang, mengambil faedah daripada cabaran dan permasalahan yang
dihadapi untuk memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.Pembudayaan
inivasi dalam penyelesaian masalah akan mengelakkan usahawan daripada bersikap pasif,
defensif dan terlalu yakin dengan kejayaan semasa. Pembudayaan
inovasi juga akan membolehkan syarikat terus mengembangkan saiz
pasaran,memodifikasikan produk dan proaktif terhadap tuntutan semasa pelanggan.
Meningkatkan kualiti kerja secara
berterusan
Penghasilan produk dan perkhidmatan yang bermutu
tinggi secara berterusan akan dapat menjamin kesetiaan,
komitmen dan kepuasan pelanggan.Seterusnya akan memberikan keuntungan kepada usahawan. Nilai kualiti yang tinggi memberikan pulangan
yang menguntungkan melalui kesetiaan pelanggan. Oleh itu usahawan
perlulah berusaha untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti
tinggi.Teknologi merupakan satu mekanisma yang dapat membantu meningkatkan
kualiti dankuantiti pengeluaran sesuatu produk. Oleh itu para
usahawan juga perlu prihatin terhadap penggunaan teknologi kerana ia
menymbang ke arah pembuatan dan teknikreka bentuk yang lebih cekap dan tingkat
daya pengeluaran yang lebih tinggi.
Kesediaan untuk merebut peluang
Peluang-peluang perniagaan perlu
dicari, dikenalpasti dan dieksploitasi sendirioleh usahawan. Oleh itu seseorang
usahawan itu perlulah perlulah memaksimumkankekuatan daya berfikir
dengan mencari jalan penyelesaian sebarang masalah yang dihadapi oleh
masyarakat dan mengeksploitasikannya dengan menjadikan masalah-masalah tersebut sebagai
peluang perniagaan. Justeru itu usahawan perlulah meningkatkan
pengetahuan dengan mengambil manfaat daripada pergaulan hariannya, memberikan
perhatian terhadap pendapat-pendapat pekerja, pelanggan atau pesaing,
meningkatkan pembacaan dan mengenalpasti kemahiran, kebolehan dan potensi yang
ada padadiri sendiri.Nilai Murni KeusahawananDi antara nilai-nilai murni yang
perlu dimiliki oleh usahawan ialah:-
Berani mencuba
Usahawan yang berani mencuba mempunyai
jangkauan kawalan dalaman yang tinggi. Mereka juga mempamerkan
usaha yang berterusan dan lebih sensitif kepada perubahan-perubahan yang berlaku
dalam persekitaran perniagaan. Usahawan yang begini mempunyai
keyakinan bahawa kejayaan akan menjadi milik mereka selagi mereka bersedia
memberikan komitmen sepenuhnya menggunakan tenaga dan keupayaan mereka.
Penetapan matlamat
Usahawan yang berjaya adalah usahawan
yang mempunyai matlamat yang jelas dan meyakinkan. Penetapan matlamat oleh
usahawan mendorong mereka untuk lebih berusahasekaligus berjaya meraih
kejayaan yang diinginikan. Matlamat yang sukar dicapai akan
memerlukan komitmen dan prestasi yang tinggi berbanding dengan matlamat yang senang dicapai. Setiap usahawan perlu mempunyai perancangan dan matlamat jangka
panjang dan juga jangka pendek. Matlamat-matlamat tersebut akan
menjadi pengukur prestasi seseorang usahawan dan dapat membantu mereka
mengenalpasti danmemperbaiki kelemahan-kelemahan dan merencanakan
strategi-strategi baru.
Jangkaan diri
Jangkaan diri merupakan nilai yang
perlu ada pada diri usahawan. Jangkaan dirimenjadikan usahawan
lebih bermotivasi untuk mengecapi kejayaan yang dicita-citakan Sebagai
usahawan, tahap ketinggian motivasi adalah bergantung kepada jangkaanusahawan
terhadap keupayaan mereka untuk melakukan sesuatu tugas dan menerima ganjaran
yang dikehendaki. Jika mereka menjangkakan mereka mampu
untuk bersaingdengan pesaing serta mempunyai pemikiran yang positif maka
mereka akan berjaya.Jangkaan diri memerlukan individu untuk yakin kepada diri
sendiri dan mampu melakukan yang terbaik dengan mengadun segala kemampuan
yang mereka miliki. Justeru itu, usahawan perlu mempunyai jangkaan
diri yang tinggi bagi mencapai prestasiperniagaan yang luar biasa.
Keyakinan diri
Dunia keusahawanan penuh dengan
cabaran, maka setiap usahawan perlu mempunyai keyakinan diri terutama didalam
membuat keputusan atau menyahut sesuatu cabaran.Bagi meningkatkan keyakinan
diri, seseorang usahawan itu perlu mengikis perasaantakut pada kegagalan dan mempunyai pendirian yang teguh serta tidak mempunyai
perasaan rendah diri apabila berhadapan dengan pesaing.
Inisiatif diri
Daya inisiatif diri adalah salah satu
daripada sikap yang perlu ada pada seseorang udahawan. Seorang usahawan yang
berjaya biasanya mempunyai daya inisiatif yang tinggi kerana
seorang yang berinisiatif tinggi mempunyai kecenderungan untukmelihat dan menganalisis sesuatu
situasi atau keadaan dengan berkesan.
Bertanggungjawab
Sikap bertanggungjawab merupakan satu
proses pembudayaan yang akan melahirkan usahawan yang tidak mudah
mempersalahkan pihak lain jika berhadapan dengan masalahatau sesuatu kegagalan. Kesan
daripada rasa tanggungjawab yang tinggi akan menjadi pencetus
semangat kesediaan untuk mencurahkan khidmat bakti kepada keluarga, pekerja dan
masyarakat.
Mewujudkan hubungan dengan individu
yang boleh membantu.
Perhubungan yang rapat dengan mereka yang
berkepentingan dalam perniagaan merupakan satu kelebihan kepada usahawan
untuk mengembangkan sayap perniagaannya. Melalui perhubungan
membolehkan usahawan mendapat peluang perniagaan dan mengetahuiancaman-ancaman
yang bakal dihadapi.